Saturday, 17 December 2016

WAJIB BACA !!! 7 TIPS JIMAT ELEKTRIK PENGHAWA DINGIN (AIRCOND)

Assalamualaikum.

Di musim cuaca panas El Nino para pengguna harus bijak menggunakan penghawa dingin.
Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.
Oleh itu, mari kita cuba amalkan (7) tips mudah seperti berikut bagi menjimatkan bil elektrik kita dari melambung.
Paling koman pon ade la jugak kurang nye hehehehe.

1. Adjust suhu sistem aircond anda semua di antara 23 ke 25 darjah celsius.
Memang lambat sejuk tapi selepas beberapa jam buka suhu bilik di tahap yang selesa

2. Kerap-kerap kan lah tangan-tangan jemari untuk membersihkan penapis aircond tu yew semudah ABC sahaja,hanya perlu membuka cover aircond sahaja.
Ia memastikan memaksimumkan potensi penyejukan.
Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi pada tahap optimum.
Sesetangah aircond terlampau kotor dan tidak memadai dengan hanya membersihkan filter, jadi saya sarankan anda menghubungi tenaga-tenaga mahir seperti kami untuk menyelesaikan masalah anda.

Untuk penyelenggaraan aircond (servis aircond) dan pemasangan aircond, boleh hubungi Aircond Tech di 011 - 1604 7175

4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5. Pada waktu malam pula, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup.
Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang.
Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

6. Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.
Bagi mereka yang nak membeli penghawa dingin baru, cadangan saya supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.
Seperti Nora Bagi 5 Bintang hehehe

7. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Ini saja tips yang boleh dikongsikan bersama harap dapat membantu kita sesama insan,
selain itu kami ada membuat perkhidmatan membaik pulih aircond dan sebagai nye jadi ada sebarang masalah aircond anda akan kami selesaikan dengan harga yang berpatutan.

Hubungi Senior Technician kami :
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175

Tuesday, 2 August 2016

7 Sebab Mengapa Penyaman Udara Anda Perlu Diservis.

Untuk pengetahuan semua,
Ya aircond memang perlu diservis.
Ada pengguna yang tak ambil kisah mengenai keadaan aircond dan ini akan mengundang kepada kerosakan.







Ini adalah 7 sebab kenapa anda perlu servis aircond di rumah anda :

1)Memanjangkan jangka hayat
Servis berkala dapat memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara kerana unit beroperasi tanpa beban yang tinggi. Jika unit tidak diservis, kecekapan unit beroperasi seperti asal berkurangan di sebabkan kekotoran pada penyejat dan pemeluwap.

2) Udara bersih
Untuk mendapatkan udara bersih, unit penyaman udara hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik.

3) Mengelak kebocoran
Unit yang tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan saluran air tersumbat disebabkan lumut dan habuk. Ini menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.



4) Menjimatkan elektrik
Unit penyaman udara yang diservis mengikut jadual dapat memastikan unit beroperasi dengan cekap. Ini bermaksud unit beroperasi tanpa tenaga tambahan. Tenaga tambahan/beban tambahan inilah yang boleh meningkatkan bil elektrik anda. Rujuk bahagian rahsia jimat elektrik untuk tips seterusnya.

5) Kesan masalah kerosakan lebih awal
Semasa servis, unit dapat diperiksa oleh juruteknik dan sebarang masalah dapat dikesan lebih awal. Ini dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dan seterusnya mengelakkan anda berbelanja lebih besar untuk penyelenggaraan.

6) Nasihat pakar
Semasa servis, anda boleh mendapatkan nasihat daripada juruteknik berkaitan apa saja. Anda boleh tanya secara direct berkaitan unit penyaman udara anda dan ini dapat menambahkan pengetahuan anda dalam bidang ini.

7) Keselamatan
Inilah sebab UTAMA kenapa unit penyaman udara anda perlu di servis. Ia menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa.



Dah servis aircond ke belum? :)
Hubungi Senior Technician kami di :

011 - 1604 7175
011 - 1604 7175

011 - 1604 7175

Monday, 1 August 2016

Jawatan / Kerja Kosong Technician Aircond

Assalamualaikum.

Kami dari Air-Cond Tech yang berpusat di Shah Alam ingin mencari bakat Technician Aircond.
Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan oleh para peserta yang ingin mencuba nasib di ujibakat ni.
Eh takdak lah ujibakat bagai. Hehe.



Kami mencari orang yang :

1. Berdisiplin

Berdisiplin tinggi.
Disiplin adalah asas kejayaan.
Yang boleh bangun pagi, kerana rezeki itu adalah dengan berpagi-pagian.


2. Mempunyai Pengalaman atau Ilmu Teori

Kerana pengalaman mematangkan. Cewah !
Pengalaman sangat diperlukan untuk menempuh segala onak cabaran duri dan cobaan.
Lebih banyak pengalaman, bererti lebih banyak kemahiran atau skill untuk menyelesaikan masalah.


3. Bakat

Ada orang tiada pengalaman atau teori.
TAPI ada bakat dan mempunyai 'tangan' yang dianugerahkan untuk kerja-kerja teknikal.
Pon boleh apply.


4. Keazaman

Tak ada bakat, tak ada pengalaman, tak ada teori.
Pon tak apa!
Yang penting tanam azam yang kuat dalam diri dan diiringi dengan disiplin yang kuat.
Mesti boleh?


Anda ada DISIPLIN?
Contact di bawah :

011 - 33 77 30 29
011 - 33 77 30 29
011 - 33 77 30 29

Saturday, 30 July 2016

Bekerja Di Malam Hari, Tiba-Tiba Nampak Kelibat Entiti...

Pada 29 Julai 2016,


Kami mendapat tugasan dari pelanggan untuk servis aircond di Alam Avenue, Padang Jawa Sek16, Shah Alam.

Aircond yang diservis adalah jenis 'cassette' di mana ia diletakkan di pintu masuk sebuah kedai kosmetik di sana.

Bekerja di malam hari, tiba-tiba nampak kelibat entiti orang yang berada di kedai makan sebelah memandang kami dengan pelik.
Orang semua pandang pelik sebab kami servis di waktu malam.
Ya, kalau itu permintaan pelanggan, tak ada salahnya untuk kami pergi ke lokasi tugasan dan memberikan servis terbaik kami.
:D

Bukan apa, kadang-kadang kita terlalu sibuk bekerja di siang hari,
Tak apa, dengan kami ada pilihan untuk servis di waktu malam hari.

Kepuasan pelanggan menjadi tanggungjawab kami.


Sibuk bekerja di siang hari?
Technician kami bersedia untuk menyelesaikan masalah Tuan dan Puan di waktu malam hari.




Tapi tengok juga lokasi kerja.

Yang sesuai servis waktu malam adalah :
Rumah Kampung
Rumah Teres
Rumah Banglo
Lot Kedai

Dah servis ke belum Aircond tu?

Lembah Klang dan Sekitarnya
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175

Boleh klik sini untuk lihat hasil kerja kami :

https://aircondtech.blogspot.my/2016/07/technician-aircond-scammer.html

Saturday, 16 July 2016

SELALUNYA ORANG TAK FAHAM DAN TAK NAK FAHAM



Peniaga-peniaga meletakkan harga tidak lah mahu membebankan pengguna.
Kerana peniaga juga adalah pengguna / pelanggan.
Tapi pengguna / pelanggan tak semestinya peniaga.
Kami juga tak hendak mahu ditipu dengan peniaga lain.
Dan kami tak mahu menipu pelanggan.
Harga yang kami tetapkan adalah standard harga market / pasaran.
Ia nya padan dengan :
1. Kos sewa ofis
2. Kos bil elektrik dan air
3. Servis kenderaan
4. Bayaran ansuran kenderaan
5. Bayaran pekerja
6. Kos bahan-bahan terpakai
7. Kos alat-alat
Pekerja kami terdedah kepada :
1. Kecederaan mengangkat berat (outdoor unit)
2. Risiko jatuh dari tempat tinggi
3. Renjatan elektrik
4. Api panas (Sil-Fos / Brazing) daripada sambungan paip
5. Risiko alat-alat tajam
Semua ini memerlukan kepakaran di mana hampir semua pengguna / pelanggan tak tahu lakukan.
Pengguna / Pelanggan selalu bandingkan dengan servis yang dilakukan oleh Bangla :
1. Duit RM dibawa ke Bangla
2. Bangla buang harga
3. Bangla tidak ada kepakaran
4. Bangla mengupah pekerja Bangla lain dengan harga murah
5. Tinggal beramai-ramai
Kami :
1. Isteri di rumah
2. Anak-anak - pampers, lampin, sekolah, dll
3. Ibu Bapa di kampung
4. Sewa rumah mahal
5. Lain-lain bil dan hutang peribadi
BERTIMBANG RASA LAH SAMA
Kalau kena tipu dengan technician yang dapat QUOTATION MURAH,
Buat CINCAI dan MENIPU,
Tapi bayar harga murah dan aircond ROSAK,
LAGI RUGI.
Kalau bangsa lain 'ketuk harga' melampau-lampau + servis cincai redha pulak.
Yakin dengan mereka,
"Tak apa lah, nak buat cemana.
Sampai sini lah kot usia aircond ni"
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,
Kami di Air-Cond Tech menggajikan warga tempatan yang ada komitmen kehidupan peribadi di TANAH AIR SENDIRI.
Laporan April 2014 menunjukkan :
Seramai 407 200 (Empat Ratus Tujuh Ribu, Dua Ratus) ORANG MALAYSIA MENGANGGUR
Setiap tahun angka ini bertambah.
Kalau fikir jangka masa pendek,
"Tak apa lah upah bangsa lain,
Kesian bangsa lain merempat.
Aku percaya bangsa lain,
Bangsa lain lebih murah"
Kami menggajikan warga tempatan ya.
Itu tanggungjawab kami.
Tapi kalau dalam jangka masa panjang,
Jangan terkejut kalau bangsa lain lebih kaya dan berjaya dalam hidup.
Anak cucu Tuan / Puan sendiri pon sangat susah mendapatkan pekerjaan.
Pada masa itu, kalau dapat pekerjaan :
TAHNIAH
Dapat pekerjaan.
Tapi gaji sedikit sebab dapat rate 'Bangla'
Dah tokey nya Bangla naik kereta mewah
(Sekarang pon banyak dah Bangla dan Indon yang kaya-raya di bumi kita)
PADAN MUKA
Tak dapat pekerjaan.
:)
Like kalau rasa status ni bermakna.
Share jika ini yang anda setuju.
Sekian,
Air-Cond Tech



Anda Juga Boleh Baca :

Technician Aircond Scammer, Repair Aircond Cincai




(TAJUK MACAM GEMPAK KAN? MOHON BACA SAMPAI HABIS YA SUPAYA ANDA TAK DITIPU DENGAN TECHNICIAN AIRCOND)
Assalamualaikum.
Alhamdulillah pada 18 May 2016 Air-Cond Tech dapat memberikan khidmat servis aircond kami yang professional pada Puan Sue dari Kampung Jawa, Klang.
Waktu kami mula memberikan nasihat dan konsultansi, kami dapati beliau sekeluarga ada 3 unit aircond.
Bagaimanapun beliau ingin cuba servis kami pada satu unit aircond sahaja terlebih dahulu.
Maka technician daripada Air-Cond Tech yang berpusat di Shah Alam pun bergegas ke kediaman beliau untuk memberikan servis yang terbaik.




Langkah 1 : Buka unit 'indoor' aircond
Langkah 2 : Memeriksa unit 'indoor' aircond

Tindakan kami :
1. Menghidupkan aircond terlebih dahulu untuk memeriksa suhu dan tiupan angin pada 'blower' sama ada berjalan lancar atau tidak.
2. Mendapati bahawa tiupan angin pada 'blower' aircond tidak lancar. Ini akan memberi kesan kepada suhu yang dikeluarkan.
3. Setelah masalah dapat dikenalpasti, barulah tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Antara masalah-masalah lain yang kerap dihadapi pelanggan sehingga menyebabkan aircond menjadi tidak sejuk :
1. Kotoran telah pun tebal pada 'coil' pada unit 'indoor' dan 'outdoor'.
2. Fan dan 'compressor' capasitor / kapasitor telah pun rosak.
3. Komponen pada aircond seperti 'a/c board', 'compressor', dan lain-lain lagi telah melepasi jangka hayat yang ditetapkan.
Kesan buruk :
1. Bil eletrik meningkat, wang anda menipis, stress bertambah.
2. Suhu di rumah menjadi panas memberi kesan kepada ahli keluarga, terutamanya anak dan isteri.
3. Aircond akan rosak dan terpaksa diganti baru.

Langkah 3 : Membuka dan memeriksa penapis udara / air filter

Kami membuka dan memeriksa komponen 'air filter' atau penapis udara pada aircond, kami terkejut dengan kotoran yang terdapat pada komponen tersebut.

Langkah 4 : Membuka 'air swing' dan 'blower'


Rupa-rupanya komponen 'coil' jauh lebih kotor daripada penapis udara / 'air filter'. Kami mencuci 'coil' aircond sebersih-bersihnya tanpa rasa was-was dan syak wasangka lagi.

Langkah 5 : Mencuci unit 'indoor' aircond

Tanpa berlengah lagi, kami terus mencuci daki keladak degil lagi tegar di unit 'indoor' aircond.

Lihat sahaja kotoran pada 'blower' dan 'coil' pada unit indoor yang kami dapat bersihkan.
Selepas kotoran rebah ke lantai, kami bersihkan dengan penyapu ye. :D


SELESAI UNIT 'INDOOR' AIRCOND, SEKARANG KAMI BERALIH KE UNIT 'OUTDOOR' PULA
Selepas sahaja selesai penyelenggaran pada bahagian 'indoor' unit, kami menjejakkan kaki le luar rumah pula untuk mengenalpasti masalah pada 'outdoor' unit pula.
Setelah pemeriksaan dibuat, kami mendapati komponen pada 'outdoor' unit telah penuh diselaputi keladak tegar hingga menyebabkan suhu panas tak dapat disingkirkan oleh 'condenser'.

Lihat sahaja kotoran pada sebelah tepi 'outdoor' unit ini

Tindakan kami :
1. Membuka 'casing' outdoor unit untuk melakukan pemeriksaan lebih terperinci.
2. Kami mendapati terdapat kotoran degil pada komponen penyingkir haba / 'outdoor' unit.
3. Kami mula melakukan kerja-kerja pembersihan menggunakan pencuci kimia.

Tunggu bapak lagi, kami tembak terus dengan pencuci kimia

Lihat sahaja kotoran degil pada 'outdoor' unit tu !!! Bagaikan hendak melimpah ke ladang gandum.

Kotoran yang melekat pada 'coil' akan dibilas dengan air bersih selepas pencuci kimia digunakan

Kotoran lagi... Inilah kesannya jika anda tidak servis aircond dalam jangka masa yang terlampau lama

Selepas Zul membilas 'coil', giliran Asri pula untuk membersihkan 'blower' dan komponen-komponen yang terlibat pada unit 'outdoor'

Setelah selesai tugasan 'Chemical Service', tibalah masa untuk memeriksa tekanan gas dan 'topup' gas sekiranya perlu

Keadaan SEBELUM di SERVIS

Keadaan SELEPAS di SERVIS

Kotoran degil SEBELUM di BILAS

Tiada lagi kotoran degil SELEPAS di BILAS

KENAPA AIRCOND BOLEH JADI KOTOR SEBEGINI RUPA ?
Rupa-rupanya Puan Sue selama ini telah ditipu oleh 'scammer' - technician aircond yang melakukan servis tidak professional atau bahasa mudahnya cincai / halai balai.
Kami mendapati rupa-rupanya technician yang sebelum ini hanya tambah / 'topup' gas sahaja pada setiap sesi servis.
Mereka tidak membersihkan aircond pada unit 'indoor' dan 'outdoor'.
Setiap kali datang, ratusan ringgit dibelanjakan.
Dan disebabkan itu, hasilnya jadi sebegini.
Sudah bertahun-tahun beliau mendapatkan servis dari technician 'scammer' ini.
Sudah ribuan ringgit sudah dibakar begitu sahaja.
Pastikan anda mendapatkan technician yang memberikan servis aircond yang terbaik untuk kediaman / ofis anda.
Puan Sue terkejut setelah kami menunjukkan foto-foto ini.
Jadi, pastikan anda mendapat servis professional dari yang pakar.



Hubungi kami,
Air-Cond Tech
011 - 2401 8831
011 - 2401 8831
011 - 2401 8831
Oh ye.
Nak tengok sebutharga tak?


Senarai Sebutharga / Senarai Harga Pemasangan / Pasang Dan Servis Aircond / Kos Repair Aircond


SENARAI SEBUTHARGA / SENARAI HARGA PEMASANGAN / PASANG, DAN SERVIS AIRCOND / KOS REPAIR AIRCOND






SENARAI SEBUT HARGA  PEMASANGAN / PASANG, DAN KOS BAIK PULIH / SERVIS BERMULA MEI 2016



SERVIS



NORMAL SERVICE AIRCOND
  1. Pemeriksaan terperinci dan teliti pada Unit Dalam (Indoor Unit).

  1. Pemeriksaan mendalam dan teliti pada Arus Larian Pemampat (Compressor).

  1. Membersihkan dan menyingkirkan habuk pada :

  • Kipas (Blower Fan) pada unit dalam (Indoor Unit)
  • Bahagian atas kipas blower (Coil)
  • ‘Casing’
  • Penapis Udara (Air Filter)

 

*        Mungkin menggunakan sabun pencuci jika perlu
*        Mungkin perlu mendapatkan ‘Chemical Service’ jika keadaan unit
dalam kritikal
JENIS HORSE POWER
(HP)
HARGA SERVIS
1.0RM 80
1.5RM 100
2.0RM 120
2.5RM 140
3.0RM 160


CHEMICAL SERVICE AIRCOND
  1. Mencuci dengan teliti bahagian Pemeluwap (Condenser) di ‘Outdoor Unit’ menggunakan bahan pencuci kimia berkualiti tinggi sehingga bersih.
  1. Mencuci dengan teliti bahagian pada :
  • Penyejat (Evaporator)
  • Kipas (Blower Fan) di ‘Indoor Unit’ menggunakan bahan pencuci kimia berkualiti tinggi sehingga bersih.
  1. Menambah serta melaras tekanan gas yang sedia ada pada ‘air-cond’ dengan tepat dan terperinci.

JENIS HORSE POWER
(HP)
HARGA SERVIS
1.0RM 130
1.5RM 130
2.0RM 180
2.5RM 230
3.0RM 250

REFILL GAS AIRCOND (MENGISI GAS)
  • Mengisi dengan teliti tangki gas yang kosong sepenuhnya disebabkan ada gas bocor (leaking) yang perlu diisi pada paras atau tahap yang ditetapkan piawaian ‘standard’

JENIS HORSE POWER
(HP)
GAS R22GAS R410A
1.0RM 80RM 100
1.5RM 100RM 120
2.0RM 130RM 150
2.5RM 150RM 170
3.0RM 200RM 220

TOP-UP GAS AIRCOND (MENAMBAH GAS)
  • Menambah serta melaraskan kembali tekanan gas yang kurang kepada paras atau tahap yang ditetapkan piawaian ‘standard’ dengan teliti.
  • Ia nya penting bagi memastikan ‘compressor’ panjang jangka hayatnya dan menjimatkan tenaga elektrik.
  • Kekurangan gas menyebabkan ‘air-cond’ kurang berfungsi dengan baik dan menyebabkan suhu pada Unit Dalam (Indoor) menjadi tidak sejuk
  • Dapat menjimatkan wang pengguna.

JENIS HORSE POWER
(HP)
GAS R22GAS R410A
1.0RM 15 / 10 psiRM 20 / 10 psi
1.5RM 15 / 10 psiRM 20 / 10 psi
2.0RM 25 / 10 psiRM 25 / 10 psi
2.5RM 25 / 10 psiRM 25 / 10 psi
INSTALLATION AIRCOND (PEMASANGAN / PASANG)
  • Pemasangan asas yang berkualiti tinggi termasuk :
  1. Saluran paip (PVC) : 10 kaki
  2. Copper pipe : 10 kaki
  3. Insulation : 10 kaki
  4. Sambungan wayar : 15 kaki
  5. Top Plug (Kepala ‘Plug’) : 1 unit
  • Tambahan RM 50 untuk pemasangan pendawaian / 'wiring' suis ‘air-cond’ yang tahan lasak dan berkualiti tinggi (termasuk barang dan upah).

JENIS HORSE POWER
(HP)
GAS R22GAS R410A
1.0RM 250RM 270
1.5RM 300RM 320
2.0RM 350RM 400
2.5RM 400RM 450
3.0RM 500RM 550


DISMANTLE AIRCOND (BUKA)
  • Upah buka unit ‘air-cond’ secara cermat dan berhati-hati, tidak termasuk harga upah pasang yang berkualiti dan pengangkutan yang selamat ke tempat baru.
JENIS HORSE POWER
(HP)
HARGA SERVIS
1.0RM 100
1.5RM 130
2.0RM 160
2.5RM 190
3.0RM 220

TUKAR ‘KAPASITOR (CAPACITOR) MOTOR AIRCOND’
JENIS ‘CAPACITOR’HARGA
‘COMPRESSOR’RM 150
‘INDOOR UNIT MOTOR’RM 100
‘OUTDOOR UNIT MOTOR’RM 100

Lokasi kerja kami di kawasan Lembah Klang :
1. Shah Alam
2. Klang
3. Sungai Buloh
4. Subang
5. Petaling Jaya
6. Kelana Jaya
dan lain-lain tempat yang dipersetujui




WHATSAPP / CALL SEGERA
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175