Saturday, 16 July 2016

Technician Aircond Scammer, Repair Aircond Cincai




(TAJUK MACAM GEMPAK KAN? MOHON BACA SAMPAI HABIS YA SUPAYA ANDA TAK DITIPU DENGAN TECHNICIAN AIRCOND)
Assalamualaikum.
Alhamdulillah pada 18 May 2016 Air-Cond Tech dapat memberikan khidmat servis aircond kami yang professional pada Puan Sue dari Kampung Jawa, Klang.
Waktu kami mula memberikan nasihat dan konsultansi, kami dapati beliau sekeluarga ada 3 unit aircond.
Bagaimanapun beliau ingin cuba servis kami pada satu unit aircond sahaja terlebih dahulu.
Maka technician daripada Air-Cond Tech yang berpusat di Shah Alam pun bergegas ke kediaman beliau untuk memberikan servis yang terbaik.




Langkah 1 : Buka unit 'indoor' aircond
Langkah 2 : Memeriksa unit 'indoor' aircond

Tindakan kami :
1. Menghidupkan aircond terlebih dahulu untuk memeriksa suhu dan tiupan angin pada 'blower' sama ada berjalan lancar atau tidak.
2. Mendapati bahawa tiupan angin pada 'blower' aircond tidak lancar. Ini akan memberi kesan kepada suhu yang dikeluarkan.
3. Setelah masalah dapat dikenalpasti, barulah tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Antara masalah-masalah lain yang kerap dihadapi pelanggan sehingga menyebabkan aircond menjadi tidak sejuk :
1. Kotoran telah pun tebal pada 'coil' pada unit 'indoor' dan 'outdoor'.
2. Fan dan 'compressor' capasitor / kapasitor telah pun rosak.
3. Komponen pada aircond seperti 'a/c board', 'compressor', dan lain-lain lagi telah melepasi jangka hayat yang ditetapkan.
Kesan buruk :
1. Bil eletrik meningkat, wang anda menipis, stress bertambah.
2. Suhu di rumah menjadi panas memberi kesan kepada ahli keluarga, terutamanya anak dan isteri.
3. Aircond akan rosak dan terpaksa diganti baru.

Langkah 3 : Membuka dan memeriksa penapis udara / air filter

Kami membuka dan memeriksa komponen 'air filter' atau penapis udara pada aircond, kami terkejut dengan kotoran yang terdapat pada komponen tersebut.

Langkah 4 : Membuka 'air swing' dan 'blower'


Rupa-rupanya komponen 'coil' jauh lebih kotor daripada penapis udara / 'air filter'. Kami mencuci 'coil' aircond sebersih-bersihnya tanpa rasa was-was dan syak wasangka lagi.

Langkah 5 : Mencuci unit 'indoor' aircond

Tanpa berlengah lagi, kami terus mencuci daki keladak degil lagi tegar di unit 'indoor' aircond.

Lihat sahaja kotoran pada 'blower' dan 'coil' pada unit indoor yang kami dapat bersihkan.
Selepas kotoran rebah ke lantai, kami bersihkan dengan penyapu ye. :D


SELESAI UNIT 'INDOOR' AIRCOND, SEKARANG KAMI BERALIH KE UNIT 'OUTDOOR' PULA
Selepas sahaja selesai penyelenggaran pada bahagian 'indoor' unit, kami menjejakkan kaki le luar rumah pula untuk mengenalpasti masalah pada 'outdoor' unit pula.
Setelah pemeriksaan dibuat, kami mendapati komponen pada 'outdoor' unit telah penuh diselaputi keladak tegar hingga menyebabkan suhu panas tak dapat disingkirkan oleh 'condenser'.

Lihat sahaja kotoran pada sebelah tepi 'outdoor' unit ini

Tindakan kami :
1. Membuka 'casing' outdoor unit untuk melakukan pemeriksaan lebih terperinci.
2. Kami mendapati terdapat kotoran degil pada komponen penyingkir haba / 'outdoor' unit.
3. Kami mula melakukan kerja-kerja pembersihan menggunakan pencuci kimia.

Tunggu bapak lagi, kami tembak terus dengan pencuci kimia

Lihat sahaja kotoran degil pada 'outdoor' unit tu !!! Bagaikan hendak melimpah ke ladang gandum.

Kotoran yang melekat pada 'coil' akan dibilas dengan air bersih selepas pencuci kimia digunakan

Kotoran lagi... Inilah kesannya jika anda tidak servis aircond dalam jangka masa yang terlampau lama

Selepas Zul membilas 'coil', giliran Asri pula untuk membersihkan 'blower' dan komponen-komponen yang terlibat pada unit 'outdoor'

Setelah selesai tugasan 'Chemical Service', tibalah masa untuk memeriksa tekanan gas dan 'topup' gas sekiranya perlu

Keadaan SEBELUM di SERVIS

Keadaan SELEPAS di SERVIS

Kotoran degil SEBELUM di BILAS

Tiada lagi kotoran degil SELEPAS di BILAS

KENAPA AIRCOND BOLEH JADI KOTOR SEBEGINI RUPA ?
Rupa-rupanya Puan Sue selama ini telah ditipu oleh 'scammer' - technician aircond yang melakukan servis tidak professional atau bahasa mudahnya cincai / halai balai.
Kami mendapati rupa-rupanya technician yang sebelum ini hanya tambah / 'topup' gas sahaja pada setiap sesi servis.
Mereka tidak membersihkan aircond pada unit 'indoor' dan 'outdoor'.
Setiap kali datang, ratusan ringgit dibelanjakan.
Dan disebabkan itu, hasilnya jadi sebegini.
Sudah bertahun-tahun beliau mendapatkan servis dari technician 'scammer' ini.
Sudah ribuan ringgit sudah dibakar begitu sahaja.
Pastikan anda mendapatkan technician yang memberikan servis aircond yang terbaik untuk kediaman / ofis anda.
Puan Sue terkejut setelah kami menunjukkan foto-foto ini.
Jadi, pastikan anda mendapat servis professional dari yang pakar.



Hubungi kami,
Air-Cond Tech
011 - 2401 8831
011 - 2401 8831
011 - 2401 8831
Oh ye.
Nak tengok sebutharga tak?


No comments:

Post a Comment