Saturday, 17 December 2016

WAJIB BACA !!! 7 TIPS JIMAT ELEKTRIK PENGHAWA DINGIN (AIRCOND)

Assalamualaikum.

Di musim cuaca panas El Nino para pengguna harus bijak menggunakan penghawa dingin.
Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.
Oleh itu, mari kita cuba amalkan (7) tips mudah seperti berikut bagi menjimatkan bil elektrik kita dari melambung.
Paling koman pon ade la jugak kurang nye hehehehe.

1. Adjust suhu sistem aircond anda semua di antara 23 ke 25 darjah celsius.
Memang lambat sejuk tapi selepas beberapa jam buka suhu bilik di tahap yang selesa

2. Kerap-kerap kan lah tangan-tangan jemari untuk membersihkan penapis aircond tu yew semudah ABC sahaja,hanya perlu membuka cover aircond sahaja.
Ia memastikan memaksimumkan potensi penyejukan.
Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi pada tahap optimum.
Sesetangah aircond terlampau kotor dan tidak memadai dengan hanya membersihkan filter, jadi saya sarankan anda menghubungi tenaga-tenaga mahir seperti kami untuk menyelesaikan masalah anda.

Untuk penyelenggaraan aircond (servis aircond) dan pemasangan aircond, boleh hubungi Aircond Tech di 011 - 1604 7175

4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5. Pada waktu malam pula, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup.
Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang.
Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

6. Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.
Bagi mereka yang nak membeli penghawa dingin baru, cadangan saya supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.
Seperti Nora Bagi 5 Bintang hehehe

7. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Ini saja tips yang boleh dikongsikan bersama harap dapat membantu kita sesama insan,
selain itu kami ada membuat perkhidmatan membaik pulih aircond dan sebagai nye jadi ada sebarang masalah aircond anda akan kami selesaikan dengan harga yang berpatutan.

Hubungi Senior Technician kami :
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175
011 - 1604 7175